Notification

×

Iklan

Iklan

Indeks Berita

Wanita dan Kanak-Kanak Palestina Terus Menjadi Korban

Selasa, 22 Oktober 2024 | 02:51 WIB Last Updated 2024-10-21T19:52:05Z
TintaSiyasi.id  Aktivis Dakwah Malaysia Abbas Ismail menyatakan, lebih daripada 42,000 nyawa telah terkorban sejak serangan pertama dilancarkan pada 7 oktober 2023, dan angka ini terus meningkat setiap hari. 

“Kanak-kanak, wanita, dan semuanya terkesan. Bukan sahaja nyawa hilang, tetapi seluruh keluarga musnah dalam sekelip mata,” ujarnya di dalam Program Seruan Solidariti Satu Tahun Pembantaian Umat Islam Di Palestin (30 Rabi’ul Awwal 1446/5 Oktober 2024).

Ia mengatakan, dianggarkan bahawa 33% daripada kematian adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Bayangkan, kanak-kanak yang sepatutnya berada di sekolah, bermain dengan kawan-kawan mereka, kini terbaring tidak bernyawa di bawah runtuhan bangunan yang dihujani bom. 

"Bukan itu sahaja. Wanita, ibu-ibu yang mempertahankan anak-anak mereka dari serangan, membayar harga yang amat mahal. Dianggarkan 24% daripada jumlah kematian terdiri daripada wanita-wanita yang cuba berlindung dari keganasan ini. Ramai daripada mereka kehilangan suami, anak-anak, dan keluarga dalam serangan tanpa henti ini," Jelasnya.

Bayangkanlah, katanya, setiap hari, lebih daripada 466 orang kehilangan nyawa di Gaza. Setiap jam, kira-kira 19 orang terkorban. Dan setiap 3 minit, satu lagi nyawa melayang. Angka ini adalah peringatan tragis tentang betapa pantasnya keganasan ini memusnahkan kehidupan di sana​. Kehidupan mereka telah diambil dari mereka, dengan sebahagian besar yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berupaya untuk melarikan diri dari serangan. 

Menurut Abbas, umat Islam harus bersatu atau ukhuwah dan akidah Islam. Umat Islam juga tidak boleh memaling muka menganggap tidak peduli apabila nyawa wanita dan kanak-kanak serta lainnya diambil dengan begitu kejam.

“Sebagai umat Islam, kita mempunyai tanggung jawab. Kita sebagai masyarakat awam, tidak mampu menghentikan serangan, tetapi kita boleh menyuarakan sokongan kita, memuhasabah pemimpin umat Islam," tegasnya.

Umat Islam, ujar Abbas boleh menyalurkan bantuan, sama ada dalam bentuk kewangan ataupun sokongan moral, tetapi Allah dan Rasulullah Saw memerintahkan kita umat Islam untuk memuhasabah pemimpin umat Islam. 

“Kita wajib mengingatkan para pemimpin bahawa, tugas mereka untuk mempertahankan darah umat Islam, tugas mereka untuk mempertahankan Masjidil Al-Aqsa. Maka, kita harus terus mengingatkan pemimpin serta tentera akan tanggung jawab mereka ke atas umat Islam keseluruhannya,” pungkasnya.[] Hidayah Muhammad

Opini

×
Berita Terbaru Update